In:

BIOL..

Kisah ini adalah berkenaan Orang Sakit Mental di Hospital Bahagia Tanjung
Rambutan.

Zulhairi telah menjalani rawatan hampir 5 tahun di Hospital Bahagia. Dan
melalui pemeriksaan yang dijalankan menunjukkan Zulhairi dah makin pulih. Dan
Dr buat keputusan untuk benarkan Zulhairi pulang. Zulhairi dipanggil untuk
pemeriksaan terakhir.

“Zulhairi saya nak tanya satu soalan sebelum saya benarkan Zulhairi pulang. Kalau
Zulhairi jawab eluk saya benarkan Zulhairi pulang..kalau tidak Zulhairi akan tunggu
sini sedikit masa lagi” Terang Doktor pada Zulhairi.

“Baik Doktor Zulhairi sedia menjawab” jawab Zulhairi dengan tenang.

Doktor mengambil Lampu suluh dan menyalakannya..dan dihalakan ke
dinding..(cahaya lampu tersebut berbentuk bulat didinding bilik Doktor).

“Awak nampak cahaya tu” tanya Doktor

“Nampak Doktor” jawab Zulhairi tersenyum.

“Awak panjat dan tangkap cahaya tu Zulhairi” arah Doktor tu pada Zulhairi.

“Kat Dinding tu?” tanya Zulhairi tersenyum.

“Ye laaa” jawab Doktor.

“Hi hi hi saya tak gila lah Doktor……tak nak lah saya buat..” jawab Zulhairi

“mm..oklah Zulhairi..awak dibebaskan hari ini…awak lulus ujian saya..” Doktor
berpuas hati.

Zulhairi pun keluar dengan bag nya diiringi oleh pembantu kesihatan ke pintu
gate.

“Tunggu tunggu Zulhairi” Doktor memanggil balik Zulhairi.

“Kenapa awak tak nak panjat dinding tu Zulhairi?” tanya Doktor tu sebagai
soalan terakhir.

“Hi hi hi…Doktor ingat saya bodoh ker Doktor…..kalau saya
panjat…..saya pegang cahaya tu….Doktor tutup lampu suluh tu nanti..tentu
saya akan terjatuh…” jawab Zulhairi selamba

“mm..Zulhairi tidur sini setahun lagi lah yer Zulhairi” kata Doktor pada Zulhairi.

SEMUA CERITA ADALAH REKAAN SEMATA-MATA...X DA KENA MENGENA DENGAN YG HIDUP OR MATI..

In:

MALAM PERTAMA

Seorang lelaki bernama azam(bukan nama sebenar) yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, sapik(bukan nama sebenar).

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar azam(bukan nama sebenar). “Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si sapik(bukan nama sebenar) ingin tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan.”

“Ho oh.”

“Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau!” sapik(bukan nama sebenar) terperanjat. “Bagaimana? Isteri kau marah?”

“Itulah masalahnya,” azam(bukan nama sebenar) menjawap. “Dia telah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!”

In:

SEBAB SUAMI TAKUT BINI>>>>>>

TAIPEI 21 Feb. - Lebih 4,000 lelaki di Taiwan mendapatkan pertolongan akibat didera isteri masing-masing tahun lalu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA), semalam.

CNA berkata, pada 2009, seramai 4,428 lelaki menghubungi talian utama penderaan yang disediakan Kementerian Dalam Negeri untuk meminta bantuan akibat didera isteri mereka, iaitu meningkat berbanding 1,325 yang dicatatkan tahun 2002.

“Mereka ini menderita dari segi penderaan lisan atau fizikal dari isteri.

“Puncanya segelintir wanita ini mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding suami, jadi mereka menguasai rumah tangga dan bertindak memaki-hamun atau memukul suami mereka,” kata pegawai kementerian itu, Chang Hsiu-yuan yang menguruskan keganasan rumah tangga seperti dipetik CNA.

Hsiu-yuan turut berterima kasih kepada pihak yang menjalankan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung persamaan jantina yang mana semakin ramai lelaki bersedia melaporkan penderaan yang dilakukan isteri kepada mereka.

Namun, dibandingkan dengan keganasan rumah tangga yang dilaporkan wanita, jumlah lelaki yang membuat aduan berhubung penderaan isteri terhadap mereka adalah amat sedikit.

Dalam masyarakat Cina, lelaki dianggap ketua keluarga dan mana-mana suami yang dipukul isteri, kebiasaannya akan berdiam diri kerana bimbang mendapat malu. - Agensi



Berbalik kepada issue penindasan kaum lelaki di negara Taipei ini..saya rasa perkara ini sama juga terjadi terhadap kaum lelaki di malaysia hehehe betul tak?...dan jika diperhalusi dlm ajaran islam juga rasanya memang banyak terjadinya kes penindasan terhadap suami-suami oleh isteri-isteri di malaysia ini. Mana tak nya..Rasulullah sendiri pernah berkata bahawa baginda dapati ramai kaum wanita akhir zaman berada di neraka adalah kerana kesalahan terhadap suami masing-masing

Berapa kerat sangat isteri-isteri sekarang yang benar-benar solehah dan benar-benar patuh pada suami dan tak pernah menengking suami, dan melaksana tugas sebagai isteri yang solehah dan tak pernah memberatkan suami mereka???
Dah jadi fenomena biasa dah umat sekarang menengking dan mengherdik suami...tak kurang juga penderaan mental oleh isteri kepada suami dengan berbagai-bagai kerenah dan permintaan sampai suami rasa langsung tak tenteram dengan isteri masing-masing....

Bukan nak komplen cuma nak ajak korang berfikir dan muhasabah diri jer...leter beb leter...mari berleter disini...hehehe

In:

SIFAT TAMAK MANUSIA

DALAM diri manusia ada sifat baik dan buruk. Sifat baik dipacu rasa keimanan, ketakwaan dan kemanusiaan, manakala sifat buruk didorong nafsu buruk, sifat kebinatangan, kejahilan dan ingkar perintah.

Sifat baik dan buruk saling bertentangan mempengaruhi antara satu sama lain untuk lebih menguasai corak kehidupan seseorang. Jika iman dan takwa lebih berkuasa, maka aman hidup seseorang daripada pengaruh sifat buruk yang didalangi syaitan.

Sifat tamak adalah salah satu sifat buruk, yang wujud secara bersama dengan sifat buruk lain seperti angkuh, cintakan dunia, kedekut, pecah amanah dan iri hati. Ia berlawanan dengan sifat bersyukur, ikhlas, pemurah, rendah diri dan jujur.

Orang tamak meletakkan usaha mencari habuan dunia mengatasi mencari bekalan untuk hari akhirat. Bahkan, individu berkenaan sanggup melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai, biarpun perbuatan itu bertentangan dengan syariat.

Tidak dinafikan harta dan kedudukan adalah keperluan hidup. Keteguhan, kestabilan dan taraf hidup seseorang lazimnya diukur berdasarkan sebanyak mana harta yang dimiliki dan kedudukan darjat dalam masyarakat. Keharmonian, kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga juga banyak dipengaruhi harta.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan kedudukan yang baik dalam masyarakat. Sekiranya usaha itu dilakukan dengan ikhlas menepati tuntutan syariat, maka ia juga termasuk dalam kategori ibadah. Individu yang melakukan amanah itu beroleh keuntungan di dunia dan akhirat sekali gus.

Sebaliknya, sikap tamak meletakkan urusan mencari kekayaan dan kedudukan dengan jalan keterlaluan dan terdorong melakukan perbuatan salah. Orang tamak sentiasa tidak puas dan cukup apa dimiliki. Sikap terlalu cintakan kebendaan dan kemewahan mendorong perasaan untuk memiliki semua apa yang ada di dunia ini.

Orang tamak sentiasa lapar dan dahaga kehidupan dunia. Makin banyak yang diperoleh dan menjadi miliknya, semakin rasa lapar dan dahaga untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Jadi, mereka sebenarnya tidak dapat menikmati kebaikan daripada apa yang dimiliki, sebaliknya menjadi satu bebanan hidup.

Lanjutan itu, kehidupan seharian hanya ditumpukan untuk terus mendapat apa yang diingini. Orang tamak lupa tujuan sebenar amanah hidup di dunia ini. Mereka tidak peduli hal lain, melainkan mengisi segenap ruang memuaskan nafsu tamak.

Sesungguhnya Allah mencipta manusia sebagai khalifah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat, ayat 56).

Ironinya, orang tamak tidak pernah berasakan dirinya sebagai hamba-Nya. Sebaliknya, mereka menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu. Mereka mempertaruhkan seluruh usaha dan minda untuk mengejar bayang kemewahan dunia.

Sebab itu, orang tamak biasanya takutkan mati. Mereka cintakan dunia dan sentiasa mengejar kemewahan hidup. Kematian hanya akan menyebabkan apa yang dimiliki terpaksa ditinggalkan menjadi habuan orang yang masih hidup.

Jadi, biarpun diketahui hari kiamat (kematian) semakin hampir, mereka yang tamak masih berusaha menambahkan apa yang diingini. Ketika itulah antara masa paling dinantikan syaitan untuk terus menyesatkan manusia dan meninggal dalam keadaan tidak beriman.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Sebenarnya orang tamak selalu rugi. Sifat tidak bersyukur dan tidak puas dengan apa diperoleh, menyeabkan hidup makin tekanan. Perasaan tidak puas atau tidak cukup dengan apa yang dimiliki adalah satu penyakit jiwa yang boleh menyebabkan seseorang hilang kawalan hidup.

Bidalan Melayu menyamakan sifat orang tamak seperti anjing dengan bayang-bayang, melepaskan seketul daging di mulutnya kerana inginkan daging yang lebih besar. Sedangkan, daging besar itu hanyalah bayang-bayang di dalam air, daging yang sedang digigitnya sendiri.

Sesungguhnya harta itu ialah amanah Allah kepada seseorang. Harta hendaklah dicari dengan cara yang halal dan kemudian dibelanjakan pula ke jalan kebaikan. Orang yang memiliki harta menunjukkan rasa bersyukur dengan cara mengeluarkan zakat dan bersedekah.

Tamak lahir daripada sikap tidak bersyukur. Orang tamak ingin memperoleh lebih daripada itu dan melakukan apa saja tanpa memikirkan akibatnya.

Individu beriman tidak mudah menerima menerima bulat-bulat tawaran kemewahan hidup, melainkan melalui cara yang dipastikan halal. Sikap mengikut hawa nafsu membawa kepada kebinasaan. Nafsu dikuasai syaitan tidak mungkin mendatangkan kebaikan.

INTI PATI
Mencari harta adalah ibadah

* Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan kedudukan dalam masyarakat dengan ikhlas.
* Orang tamak lupa tujuan sebenar amanah hidup di dunia.
* Harta adalah amanah Allah kepada seseorang yang sepatutnya dibelanjakan ke jalan kebaikan.
* Keharmonian, kerukunan

In:

PEPATAH MELAYU MODEN

PEPATAH MELAYU MODEN
1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula−gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu
bakar
8. Carik−carik bulu ayam, lama−lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau
mati meninggalkan kulit,
manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula
makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang−alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni
beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa−apa pun
16. Diam−diam ubi berisi, diam−diam orang... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama−lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang
panjang sikit kalau nak ngail
di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis
pulut
26. Kecil−kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh
blah!!*

In:

Perangai Manusia

Manusia ni memang banyak perangai...macam-macam, kekadang ikut suka hati mak dia bila berkerja. Tak tahu diri tu siapa... yang pandai berlakon macam boleh menang trofi tu lain pulak halnya, depan boss..sopan santun, tutur katanya, lenggoknya macam hero bangsawan..pendekata Pijak Semut Pun Tak Mati...tapi bila ngan kengkawan, Pijak Gajah, Gajah pun Mati......
.
BUKAN SUSAH NAK SENANG..
BUKAN SUSAH NAK SUSAH..
BUKAN SENANG NAK SENANG..
RAJIN BERCAKAP - RAJIN BEKERJA - BAGUSSS
RAJIN BEKERJA - MALAS BERCAKAP - KENA BULI
MALAS BEKERJA - RAJIN BERCAKAP - WAYANG CINA !
MALAS BEKERJA - MALAS BERCAKAP - TAK GUNA
MALAS BEKERJA - SUKA MENGADU - NYAMUK
MALAS BEKERJA - SUKA MENGAMPU - TAK MALU
MALAS BEKERJA - SUKA MENIPU - SEMBILU
MALAS BEKERJA - SUKA PONTENG - SEMBELIT !
MALAS BEKERJA - SUKA TERMENUNG - AMBIL MC
MALAS BEKERJA - SUKA BOHONG....LEBIH BAIK BERHENTI !
.
...hidup pun asyik menyusahkan orang jer !!!!!