TAIPEI 21 Feb. - Lebih 4,000 lelaki di Taiwan mendapatkan pertolongan akibat didera isteri masing-masing tahun lalu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA), semalam.

CNA berkata, pada 2009, seramai 4,428 lelaki menghubungi talian utama penderaan yang disediakan Kementerian Dalam Negeri untuk meminta bantuan akibat didera isteri mereka, iaitu meningkat berbanding 1,325 yang dicatatkan tahun 2002.

“Mereka ini menderita dari segi penderaan lisan atau fizikal dari isteri.

“Puncanya segelintir wanita ini mempunyai pendapatan lebih tinggi berbanding suami, jadi mereka menguasai rumah tangga dan bertindak memaki-hamun atau memukul suami mereka,” kata pegawai kementerian itu, Chang Hsiu-yuan yang menguruskan keganasan rumah tangga seperti dipetik CNA.

Hsiu-yuan turut berterima kasih kepada pihak yang menjalankan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung persamaan jantina yang mana semakin ramai lelaki bersedia melaporkan penderaan yang dilakukan isteri kepada mereka.

Namun, dibandingkan dengan keganasan rumah tangga yang dilaporkan wanita, jumlah lelaki yang membuat aduan berhubung penderaan isteri terhadap mereka adalah amat sedikit.

Dalam masyarakat Cina, lelaki dianggap ketua keluarga dan mana-mana suami yang dipukul isteri, kebiasaannya akan berdiam diri kerana bimbang mendapat malu. - Agensi



Berbalik kepada issue penindasan kaum lelaki di negara Taipei ini..saya rasa perkara ini sama juga terjadi terhadap kaum lelaki di malaysia hehehe betul tak?...dan jika diperhalusi dlm ajaran islam juga rasanya memang banyak terjadinya kes penindasan terhadap suami-suami oleh isteri-isteri di malaysia ini. Mana tak nya..Rasulullah sendiri pernah berkata bahawa baginda dapati ramai kaum wanita akhir zaman berada di neraka adalah kerana kesalahan terhadap suami masing-masing

Berapa kerat sangat isteri-isteri sekarang yang benar-benar solehah dan benar-benar patuh pada suami dan tak pernah menengking suami, dan melaksana tugas sebagai isteri yang solehah dan tak pernah memberatkan suami mereka???
Dah jadi fenomena biasa dah umat sekarang menengking dan mengherdik suami...tak kurang juga penderaan mental oleh isteri kepada suami dengan berbagai-bagai kerenah dan permintaan sampai suami rasa langsung tak tenteram dengan isteri masing-masing....

Bukan nak komplen cuma nak ajak korang berfikir dan muhasabah diri jer...leter beb leter...mari berleter disini...hehehe